PERLUKAH
Sahabatku,
ke mana hilangnya kemesraan kita dulu?
kita pernah kongsi kebahagian bersama
dan, kita juga pernah menangis bersama..
namun,
semuanya hilang di mamah usia,
kita senyap umpama x kenal siapa,
berbaloikah kita begini untuk selamanya?
diam tanpa kata...
hari berlalu musim berganti,
kita terus begini,
hati ku rindu kenangan yang telah kita lalui,
hanya mampu menanti,
sinarkan kembali..
Hasil Nukilan : Ina
Dicatat oleh shazarinah di 6:29 PM
Friday, July 23, 2010
GELORA HATI
Dulu kami punya impian,
Hidup bersama, itulah impian hati..
Namun, badai datang tanpa di undang,
Ombak bergelora tanpa dipinta,
Hujan turun tanpa mendungnya,
Sekelip mata impian itu musnah,
Cuma kerana hati ketiga..
Ke mana harus ku bawa hati yang luka?
Hendak ku tangisi tiada gunanya,
Dia pergi tanpa di paksa…
Hati ketiga gembira memilikinya,
Sedangkan hatiku hancur musnah..
Hati bertanya mampukah aku jalani ini semua?
Hanya berdoa kepada tuhan yang esa,
Agar di beri rahmatdi sebaliknya..
Hasil Nukilan : Ina
Dicatat oleh shazarinah di 10:28 PM
Friday, July 23, 2010
AKU
kini aku sendiri,
Sendiri mengharungi liku-liku hidup,
Sendiri dalam keterpaksaan,
Hanya menunggu bintang bersinar semula,
Mampukah aku?
Dalam keadaan begini hatiku keliru,
Benarkah apa yang aku lakukan?
Atau aku yang bodah?
Atau aku yang sengaja mengorbankan hati dan perasaan ku?
Aku tak tahu d mana salah dan silapku,
Kadang-kadang aku merasa aku benar,
Tapi,
Kadang-kadang aku merasa salah,
Salah kerana mencintai insan yang sudah menjadi milik orang lain..
Tapi apa dayaku?
Aku hanya insan biasa yang penuh dengan kesilapan..
Bukan mahuku begini,
Inilah takdir hidupku…
Hasil Nukilan : Ina
Dicatat oleh shazarinah di 10:31 PM
Thursday, November 19, 2009
LUMRAH HIDUP
Kadang-kadang,
Bila hati terluka,
Kita tak tahu macam mana nak merawatnya..
Kadang-kadang,
Kita mencari sesorang untuk memahaminya,
Tapi,
Pada siapa?
Masihkah ada seseorang yang memahami isi hati ini?
Kadang-kadang,
Hati bertanya mengapa ada air mata bila bahagia menjelma?
Itulah lumrah kehidupan,
Terlalu banyak soalan berbanding jawapan
Hasil Nukilan : Ina
Dicatat oleh shazarinah di 10:26 PM
Thursday, November 19, 2009
SINAR..
kadang-kadang Allah buat kita menangis,
DIA datangkan angin,
DIA datangkan taufan.,
hingga meninggalkan kesan dalam hidup kita...
kemudian kita mula tercari-cari,
ke mana perginya sinar yang dulunya buat kita bahagia..
Tapi,
Sebenarnya sinar itu ada di sebalik semua yang Allah lakukan,
DIA nak bagi kita hadiah..
hadiah yang kita sendiri tidak tau apa,
tapi cukup mnyinari hidup kita...
Hujan dan taufan yg DIA datangkan itu sebenarnya sekadar menguji kita...
Agar kita selalu dekat padaNya…
hasil nukilan : idd yun
Dicatat oleh shazarinah di 7:00 PM
Wednesday, November 18, 2009
HATI
Saat bahagia menjelma,
Hati terluka menderita,
Tiada kata bicara yang memulihkan semuanya,
Hanya linangan air mata yang dapat mengungkap segalanya..
Butakah hati bila ingin di cintai?
Butakah minda bila kebenaran ada di depan mata?
Mampukah hati menerima
Kebenaran yang bakal menghancurkan segalanya?
Berat hati untuk melangkah pergi meninggalkan semuanya,
Perlukah kepura-puraan terus bermaharajalela?
Hasil Nukilan : ina
Dicatat oleh shazarinah di 5:09 PM
Friday, November 13, 2009
DIRI INI
Diam bukan bererti bisu,
Ketawa bukan bererti gembira,
Hanya hati yang memahami,
Apa yang telah terjadi..
Dalam mencari penawar,
Mengapa harus ku temui racun yang berbisa?
Menghancurkan segalanya..
Hati cuba untuk menerima,
Namun,
Memakan masa untuk melupakannya..
hasil Nukilan : Ina
Dicatat oleh shazarinah di 4:59 PM
Friday, November 13, 2009
SAHABAT SEJATI
Kita pernah berselisih
bercakaran di sebalik senyuman
senyuman yang hanya kita tahu kebenarannya
memisah jiwa dan jasad yang ketandusan
sepi menguasai
bila kita mula menyedari
kita umpama ombak dan pantai
irama dan lagu
takkan terpisah
walau badai segunungan
walau ribut selautan
kita tetap utuh
kerana selamanya kita adalah satu...
Dicatat oleh shazarinah di 10:47 PM
Tuesday, November 10, 2009
No comments:
Post a Comment